Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar
Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain.
Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Salah satu program yang diadakan di SMK Bidor adalah FERTIGASI.
Saya dan beberapa orang guru yang lain telah cuba menjayakannya, Insya Allah...
Projrk Fertigasi Sekolah
Wednesday, 14 December 2011
projek fertigasi di SMK Bidor
Proses Tanaman Cili
1.MenyediakanAnak Benih Semaian
- Gunakan dulang semaian polistrin
- Basahkan cocopeat
- Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman
- Kambus semua biji benih
- Memeram biji benih yang disemai
- Pindahkan Anak benih ke takung yang besar
- Siram dan beri baja mengikut keperluan
2. Menyediakan Medium
Medium tanaman diisi ke dalam polibag berukuran 16″x16″ dan disusun ke ladang pada jarak 2′x3′. Contoh bahan medium digunakan ialah cocopeat, sekam, pasir, gambut, pumice, vermiculite, pearlite dan Iain-lain.
3.Penanaman
Anak benih yang matang berumur 20-30 hari dipindahkan ke dalam polibag. Hanya anak benih yang bermutu tinggi dan bebas daripada penyakit sahaja digunakan.
4. Pengairan
- Pengurusan mengenai air penting, kegunaan air dapat dioptimumkan.
- Kaedah pengairan semakin maju.
- Bagi tanaman fertigasi cili, tomato dan melon kaedah pengairan
mikro adalah paling sesuai.
- Pengairan ini merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman
dengan tempoh yang lebih kerap dengan kadar/ isipadu menghampiri
kadar penggunaan tanaman tersebut.
5. Pemerhatian Tanaman
- Memeriksa setiap pokok.
- Pastikan air drip berfungsi.
- Melilit dan mengikat pokok pada tali.
- Membuang mata tunas.
- Memantau serangan perosak dan penyakit.
- Penyemburan racun perosak.
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan.
Pembajaan
1. Nutrien Mikro
- Boron (B)
- Kopper (Cu)
- Ferum (Fe)
- Manganese (Mm
- Molybdenum (Mo)
- Zink (Zn)
2. Nutrien Makro
- Nitrogen (N)
- Fosforus (P)
- Kalium (K)
- Magnesium (Mg)
- Kalsium (Ca)
- Sulfur (S)
“Pertanian Satu Ibadah”
1.MenyediakanAnak Benih Semaian
- Gunakan dulang semaian polistrin
- Basahkan cocopeat
- Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman
- Kambus semua biji benih
- Memeram biji benih yang disemai
- Pindahkan Anak benih ke takung yang besar
- Siram dan beri baja mengikut keperluan
2. Menyediakan Medium
Medium tanaman diisi ke dalam polibag berukuran 16″x16″ dan disusun ke ladang pada jarak 2′x3′. Contoh bahan medium digunakan ialah cocopeat, sekam, pasir, gambut, pumice, vermiculite, pearlite dan Iain-lain.
3.Penanaman
Anak benih yang matang berumur 20-30 hari dipindahkan ke dalam polibag. Hanya anak benih yang bermutu tinggi dan bebas daripada penyakit sahaja digunakan.
4. Pengairan
- Pengurusan mengenai air penting, kegunaan air dapat dioptimumkan.
- Kaedah pengairan semakin maju.
- Bagi tanaman fertigasi cili, tomato dan melon kaedah pengairan
mikro adalah paling sesuai.
- Pengairan ini merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman
dengan tempoh yang lebih kerap dengan kadar/ isipadu menghampiri
kadar penggunaan tanaman tersebut.
5. Pemerhatian Tanaman
- Memeriksa setiap pokok.
- Pastikan air drip berfungsi.
- Melilit dan mengikat pokok pada tali.
- Membuang mata tunas.
- Memantau serangan perosak dan penyakit.
- Penyemburan racun perosak.
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan.
Pembajaan
1. Nutrien Mikro
- Boron (B)
- Kopper (Cu)
- Ferum (Fe)
- Manganese (Mm
- Molybdenum (Mo)
- Zink (Zn)
2. Nutrien Makro
- Nitrogen (N)
- Fosforus (P)
- Kalium (K)
- Magnesium (Mg)
- Kalsium (Ca)
- Sulfur (S)
“Pertanian Satu Ibadah”
Monday, 12 December 2011
SBPA
Jom sama sama menyahut saranan kerajaan pada 20 Disember 2011. Dengar taklimat dan tandatangan borang.
Fertigasi
Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi
Kelebihan Sistem Fertigasi:
Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokokMenjamin kebersihan dan menghindar penyakit
Mengatasi masalah bawaan tanah
Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
Penggunaan baja yang cekap dan jimat
Mengurangkan penggunaan racun
Modal pusingan yang rendah
Meningkatkan hasil pengeluaran
Masalah merumpai sangat rendah
Saturday, 10 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)